Ahad, 13 Disember 2009

BANGUNAN-BANGUNAN DI SMK KOTA KULAI

Inilah pemandangan SMKKK dari jalan utama Taman Putri. Bangunan asas terdiri dari tiga blok empat tingkat, bangunan kantin dan bengkel pertanian.
Bangunan kantin sekolah.
Bangunan bengkel pertanian

Pentas Gemilang.

Mini astaka.

Makmal komputer.

BOSS SMKKK

Inilah En. Zainal bin Mesran, Pengetua ketiga SMK Kota Kulai selepas Pn. Tham Juet Lin, pengetua pertama, Pn. Chong Lian How, Pengetua kedua. Beliau melapor diri pada Disember 2008.

FOTO KAKITANGAN SMKKK

Barisan guru sesi pagi SMKKK 2009 bersama pentadbir
Barisan guru sesi petang SMKKK 2009 bersama pentadbir.

LAGU SEKOLAH

Lagu sekolah ini liriknya telah dicipta oleh Pn. Hjh Norizah binti Ahmad. Lagu tersebut diberi tajuk:

Kewibawaan Ketrampilan Kecemerlangan
SMK Kota Kulai
Indah tersergam megah
Kebanggan kami semua
Menabur jasa sepanjang masa
Kewibawaan, Ketrampilan, Kecemerlangan
Akan kami perjuangkan
Bersama guru-guru berkarisma
Berteraskan Rukunegara
Oh wahai ibu pertiwi
Padamu kami berjanji
Kejayaan pasti dimiliki
Itulah matlamat kami.

Jumaat, 11 Disember 2009

Logo SMKKK

Inilah Lencana SMKKK yang dicipta oleh Tn Hj Kamaruddin Mohd Tahir dan En Anuar bin Jais
Rasional lencana
1. Perisai lambang jati diri menangkis gejala buruk.
2. Bentuk kota di atas melambangkan negara maju, kekuatan dari segi fizikal, mental dan rohani warga sekolah.
3. Tiga bulatan berangkai melambangkan perpaduan dan aktiviti sukan.
4. Garis putus-putus berbentuk gelombang melambangkan dunia tanpa sempadan.
5. Pen dan buku melambangkan budaya sekolah iaitu menuntut ilmu.
6. Buku bentuk 'V' melambangkan perdamaian.
7. Nukleus atom melambangkan teknologi maklumat dan komunikasi.
8. Biru melambangkan sekolah mempunyai undang-undang dan peraturan. Putih menggambarkan kehidupan beragama dan bersih. Merah mencermin sikap berani berjuang.