Rasional lencana
1. Perisai lambang jati diri menangkis gejala buruk.
2. Bentuk kota di atas melambangkan negara maju, kekuatan dari segi fizikal, mental dan rohani warga sekolah.
3. Tiga bulatan berangkai melambangkan perpaduan dan aktiviti sukan.
4. Garis putus-putus berbentuk gelombang melambangkan dunia tanpa sempadan.
5. Pen dan buku melambangkan budaya sekolah iaitu menuntut ilmu.
6. Buku bentuk 'V' melambangkan perdamaian.
7. Nukleus atom melambangkan teknologi maklumat dan komunikasi.
8. Biru melambangkan sekolah mempunyai undang-undang dan peraturan. Putih menggambarkan kehidupan beragama dan bersih. Merah mencermin sikap berani berjuang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan